Bukit Ayer:Jaga-jaga dengan monyet sondol





Sekiranya anda ingin beriadah di Bukit Ayer sila pastikan anda menjaga harta benda peribadi ataupun makanan & pakaian yang di bawa kerana terdapat banyak monyet berkeliaran tanpa rasa takut dengan kehadiran manusia.Situasi ini semakin teruk apabila bukan sahaja monyet tetapi turut disertai oleh sekumpulan babi yang datang dari hutan berdekatan.Reputasi Bukit Ayer yang terkenal sebagai lokasi pilihan keluarga terbaik di Perlis untuk beriadah di hujung minggu agak tercalar dengan kehadiran binatang-binatang ini yang semakin beranak pinak hasil makanan tinggalan manusia.Oleh yang demikian, diharapkan agar tindakan segera diambil oleh pihak berwajib bagi mengurangkan masalah ini bagi menjaga Bukit Ayer sebagai destinasi pilihan keluarga mahupun pelancong.