Food Presentation yang memenatkan...


"Berjalan-jalan di Kangar tadi membuatkan aku penat.Semuanya gara-gara mencari bahan untuk aku buat food presentation bagi majlis makan malam Jabatan Perangkaan di Ocean Glow pada hari Jumaat malam ni.Food presentation sememangnya sebahagian daripada pakej makan malam yang ditawarkan tambahan pula melibatkan chinese set dinner.Chinese set dinner memerlukan pelayan mempersembahkan makanan course by course sehingga tamat majlis makan malam tersebut.Tugas aku pula,menghiburkan para tetamu dengan persembahan makanan yang diolah dengan sekreatif atau sebaik mungkin.Sebelum ini pun dah banyak kali aku terlibat dengan Food Presentation ini tetapi kebanyakan tetamu memilih untuk menyerahkan kepada pengurusan hotel bagi memilih tema.Antara yang famous di Putra Brasmana ialah tema Pirates of The Ocean Glow (seperti dalam gambar) Sesuai dengan persekitaran laut,Ocean Glow menjadi 'medan pertempuran' lanun bagi merebut harta dan akhirnya 'harta' yang direbutkan terpaksa diserahkan kepada tetamu yang hadir.Itulah antara intipati persembahan yang pernah aku langsungkan.Kadangkala terfikir juga untuk menubuhkan syarikat sendiri dalam membuat persembahan terutamanya kepada kanak-kanak yang menyambut harijadi atau di tabika,tetapi komitmen yang tinggi terpaksa aku kerahkan untuk hotel tercinta"