Alu Gena?


Pernahkah anda mendengar perkataan Alu Gena?

Perkataan 'Alu Gena?' digunakan oleh sebilangan rakyat Perlis di kawasan tertentu sahaja.Kebanyakan rakyat Perlis yang tinggal di kawasan Bintong banyak menggunakan perkataan 'Alu gena?' ini.Kawasan ini adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Y.A.B Menteri Besar Perlis Dato' Seri Mat Isa bin Sabu.Penggunaan tidak terbatas kepada warga emas sahaja malah ramai juga golongan muda yang menggunakan perkataan ini secara meluas di kawasan tersebut.

Perkataan 'Alu Gena?' sebenarnya bermaksud 'nak buat macam mana?" atau ' lepas itu?' . Sebagai contoh :

(1)
Mat: Aku pi bendang nak tabuq benih tapi ayaq penuh petak...
Senah: Alu gena bang? (menggantikan 'lepas itu')
Mat : Alu,aku balik la...

(2)
Deris: Woi Timah,moto kita ni rosak!
Timah: Alu gena ni Bang Deris? (menggantikan 'nak buat macam mana ni')
Deris: Kita kena telepon pomen mai perbaik la.

Sekiranya anda masih tidak faham apakah makna perkataan tersebut anda boleh berkunjung ke Bintong dan cubalah berbual dengan masyarakat setempat seperti dalam gambar.

Nota: Gambar tersebut dirakam di rumah kenduri masyarakat setempat.Walaupun sekejap,tetapi kesempatan ini digunakan oleh Y.A.B Menteri Besar untuk beramah mesra dengan rakyat.