Food presentation...Kemerdekaan ke-52 !


John adalah seorang duty officer di hotel manakala Rasool adalah hotel artist.

Elly dan Safuan selalu melakonkan watak dengan penuh penghayatan.

Tentera Jepun dan komunis disatukan dalam food presentation kali ini.Hafiz (kanan) adalah pelakon import yang dahulunya pernah berkhidmat di Putra Brasmana dan kini bekerja di kilang Shorubber milik Jepun.

Baru-baru ini bertempat di Restoran The Ocean Glow Putra Brasmana Hotel team Brasmana berjaya menghiburkan para tetamu dengan food presentation yang bertemakan kemerdekaan.
Tarikh: 14hb Ogos 2009
Masa : 9.00 malam
Lokasi: The Ocean Glow Putra Brasmana Hotel
Group : Jabatan Perangkaan Malaysia
Sinopsis:
Mengisahkan Pak Leper dan isterinya Mak Tijah yang hidup di zaman sebelum merdeka sedang mengangkut beras untuk keperluan mereka lalu ditahan oleh komunis semasa pulang.Mak Tijah sempat melarikan diri tetapi Pak Leper terpaksa menghadapi komunis yang kejam tersebut sehingga akhirnya Pak Leper menawarkan komunis supaya menunggunya di sungai hujung kampung pada esok malam untuk mendapatkan beras.Komunis pun setuju.Ketika Pak Leper berjalan pulang,tiba-tiba dia terdengar lagu Doraemon berkumandang lalu dia dikejutkan dengan kehadiran seorang Nippon.Kali ini dia benar-benar berada di dalam ketakutan kerana dia tahu tentera Nippon amat kejam.Namun,seperti komunis tentera Nippon juga mahukan bekalan beras untuk mereka.Lalu Pak Leper telah berjanji bahawa pada keesokan malamnya dia akan menghantar beras kepada tentera Nippon di sungai di hujung kampung sama seperti yang dijanjikan kepada komunis.Malam berikutnya Pak Leper mengajak isterinya Mak Tijah melarikan diri dari jepun dan komunis dan mereka amat ketakutan sekali.Pada masa yang sama,tentera Nippon dan komunis bertembung di sungai dan mereka hampir bertempur tetapi akhirnya mereka tersedar yang mereka sudah ditipu oleh seorang lelaki melayu iaitu Pak Leper.Gerakan memburu Pak Leper dijalankan oleh nippon dan komunis...Semasa sedang berjalan di suatu laluan sunyi akhirnya Pak Leper dan Mak Tijah disergah oleh tentera Nippon dan komunis lalu berlakulah pujuk rayu dan pertelingkahan diantara mereka.Pak Leper diterajang oleh komunis dan Mak Tijah pula diseksa oleh tentera nippon...Dengan tidak semena-mena kedengaran bunyi semboyan dan kemudian muncullah tentera melayu yang terus menembak mereka bertubi-tubi.Pak Leper dan Mak Tijah melarikan diri dan tinggallah tentera Nippon dan komunis melawan tentera melayu tersebut sehingga tentera melayu berjaya menembak mati kedua-keduanya.Mak tijah pun keluar dari persembunyian dan beliau amat terkejut apabila tentera melayu tersebut merupakan anak kandungnya yang hilang dibawa lari komunis suatu masa dahulu...Mak Tijah bersyukur dan membuat kenduri kepada penduduk kampung (jabatan perangkaan).
p/s: Cerita ini dilakonkan secara lucu bagi menarik minat penonton.